Seorang lelaki maut digilis kereta api


 

Seorang lelaki maut digilis kereta api di Batu 62 1/2, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Sabiri Idong, 56, ditemui dalam keadaan kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 5.20 petang oleh pemadnu kereta api berusia 47 tahun.


"Pemandu terbabit memberitahu, dia dimaklumkan Ketua Stesen Keretapi Beaufort bahawa terdapat satu mayat ditemui di landasan dipercayai digilis kereta api.


"Mayat itu ditemui seorang lagi pemandu kereta yang dalam perjalanan dari Stesen Halogilat menuju ke Beaufort untuk mengambil barang," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Azmir berkata, mangsa yang parah di bahagian leher dan dada disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


"Mayat dibawa ke Hospital Beaufort untuk di bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja