Sarjan Sakit Jantung, Konstabel Mengaku Tidak Bersalah Seludup 27 warga India



 Dua anggota polis berpangkat sarjan dan konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini, atas pertuduhan menyeludup 27 warga India di Baling, pada Mei tahun lalu.


Mohd Fazlan Abdullah, 57, dan Mohammad Faiz Idris, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.


Berdasarkan pertuduhan, kedua-kedua mereka yang bertugas di Balai Polis Pengkalan Hulu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, menyeludup 27 warga India di Kampung Haji Abas, Baling, Kedah kira-kira jam 12.15 pagi pada 23 Mei 2019.


Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen, Fazril Sani Mohamad Fadzil dan Siti Ruvinna Mohd Rawi, manakala Mohd Fazlan Abdullah diwakili peguam Jesvinderjit Singh sementara Mohammad Faiz (peguam Mohd Hafiz Jalaluddin dan Mohd Alif Affandi Zulkifli).


Terdahulu, Jesvinderjit memohon mahkamah membenarkan Mohd Fazlan diikat jamin kerana menghidap penyakit jantung, namun mahkamah tidak membuat sebarang keputusan kerana pertuduhan itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)