Sarjan Polis gugur dalam kemalangan


 
Kuala Lumpur: Seorang sarjan polis maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai, di sini, hari ini.


Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, mangsa, Sarjan Fariq Raub, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.


"Motosikal mangsa kemudian merempuh penghadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.


"Proses bedah siasat jenazah mangsa akan dijalankan jam 8.30 pagi esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)