Sarjan Norihan dipindahkan ke wad biasa, kesihatan bertambah baik


 

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) telah dipindahkan ke wad biasa hari ini.


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, berkata pakar yang merawat Norihan memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik selepas pembedahan mengeluarkan dua butir peluru di tubuhnya berjaya.


Abd Rahim berkata, susulan perkembangan itu, Norihan dipindahkan ke wad biasa namun masih di bawah pemantauan serta pemerhatian pakar.


"Berhubung satu lagi peluru, doktor pakar yang merawat Norihan memaklumkan kedudukan peluru itu terlalu dekat dengan tulang belakangnya serta kemungkinan memberi kesan jika ia cuba dibuang.


"Sama ada peluru itu perlu dibuang atau tidak ia bergantung kepada keputusan doktor merawatnya, namun terdapat kes yang peluru tidak dibuang (sebelum ini) dan tidak memberi kesan kepada pesakit," katanya ketika dihubungi pada Ahad.


Abd Rahim berkata beliau akan melawat Norihan sebaik doktor membenarkan anggota itu menerima lawatan.

Pada Khamis, Norihan selamat menjalani membuang dua butir peluru di tubuhnya manakala sebutir lagi belum dikeluarkan.


Rabu lalu, Norihan dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiga peluru iaitu satu di tulang belakang dan dua pada perut.


Dalam kejadian awal pagi Selasa lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand maut akibat ditembak penyeludup, manakala Norihan mengalami kecederaan parah.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)