Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja Myanmar



 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan seorang anggotanya memukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang di sini, dan klip video kejadian ditularkan menerusi media sosial petang tadi.


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan mengenai klip video berkenaan dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada benar anggota polis terbabit dalam kejadian itu.


"Jika benar, satu laporan polis akan dibuat dan siasatan sewajarnya akan dijalankan. Tiada sesiapa dibenarkan mengatasi undang-undang sedia ada," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Klip video berdurasi enam saat itu memaparkan seorang lelaki beruniform seperti PDRM menendang seorang pekerja asing berkali-kali.


Ketika kejadian, mangsa yang dipercayai warga Myanmar sedang duduk secara berderet bersama-sama rakannya yang lain sementara menunggu giliran menaiki bas untuk dibawa ke pusat kuarantin.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)