Pesakit Covid-19 lari dari hospital diburu polis


 
Georgetown: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.


Sumber polis berkata, lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang tadi.


"Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)