Peragut Patah Kaki Dilanggar Motosikal

 



Lelaki yang disyaki meragut seorang wanita di Jalan Persiaran Cerakawala, Kota Damansara di sini, semalam patah kaki selepas dilanggar sebuah motosikal ketika cuba melarikan diri.


Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek berusia 33 tahun itu patah paha kanan sebelum ditahan anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di lokasi.


Menurutnya, sebelum itu lelaki berkenaan meragut seorang wanita berusia 54 tahun yang membonceng motosikal bersama rakannya dalam kejadian pada 9.30 pagi.


"Lelaki berkenaan meragut telefon bimbit milik wanita berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, suspek kemudiannya melarikan diri tetapi dikejar oleh mangsa sebelum dilanggar sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tempatan di persimpangan Persiaran Sungai Buloh.


"Kejadian itu menyebabkan suspek patah paha kanan dan berjaya ditahan sepasukan anggota polis Cawangan Trafik Daerah Petaling Jaya yang sedang menjalankan rondaan serta pemantauan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.


"Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod membabitkan kes dadah serta satu kes mengikut Seksyen 179 Kanun Keseksaan.


"Suspek direman selama enam hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)