Penganggur Liwat Remaja Perempuan 14 Tahun mengaku tidak bersalah



 
KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dengan meliwat remaja perempuan berusia 14 tahun.


Tertuduh berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa di sebuah taman perumahan di daerah ini, jam 12.30 tengah malam pada 12 Mei lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 23 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh wajib melaporkan diri sekali sebulan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu dan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sepanjang prosiding.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja