Pemuda 23 Tahun Maut Digilis Lori Sampah


 
 Lelaki maut selepas parah digilis sebuah lori sampah dalam kemalangan di Jalan Sri Cemerlang di sini tengah hari tadi.


Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 23 tahun dipercayai melompat ke bawah kenderaan itu secara tiba-tiba sebelum digilis.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lori sampah yang dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dari arah Jalan Sri Cemerlang menghala ke Jalan Kebun Sultan.


"Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa yang berjalan kaki di bahu jalan sebelah kiri secara tiba-tiba melompat ke bawah kenderaan dan mengakibatkan dia digilis pada tayar belakang sebelah kiri.


"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan pinggang yang menyebabkan dia maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat.


"Berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga, mangsa mungkin mengalami masalah mental kerana dia sebelum ini pernah menerima rawatan di Klinik Psikiatri HRPZ II.


"Siasatan diteruskan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja