Pemandu Maut Kereta Terbabas Dalam Gaung



Seorang lelaki maut apabila Perodua MyVi dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Kilometer 85.5 Jalan Kota Tinggi- Kluang, tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner, Low Hang Seng berkata, Hairul Hilman Rizal, 22, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom HEBHK) di sini, kira-kira jam 8.20 pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu turut menyebabkan rakannya yang berumur 21 tahun cedera ringan.


Katanya, siasatan mendapati kereta dinaiki mangsa dari arah Kota Tinggi ke Bandar Kluang itu terbabas selepas pemandu hilang kawalan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kemalangan dipercayai berlaku akibat daripada pemandunya hilang kawalan," katanya melalui kenyataan kepada media hari ini. 




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)