Nenek 76 Tahun Nikah Lelaki 29 Tahun, Semoga Kekal Ke Akhir Hayat Nek



 Perbezaan usia 47 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda disatukan di Kampung Slahung, wilayah Ponorogo di Jawa Timur, semalam.


Malah, Yainem, 76, sanggup menolak lima pinangan lelaki lain dan memilih suaminya, Jamhar Ali Nursahid yang berusia 29 tahun.


Tribunnews melaporkan, walaupun usia Yainem sebaya dengan ibu bapa Jamhar, namun itu tidak menjadi hal untuk menyatukan cinta mereka.


Perkahwinan mereka berlangsung di kediaman Yainem dan kelihatan wanita itu bahagia menceritakan pertemuan mereka.


Akui wanita itu, dia bertemu dengan suaminya di Pasar Slahung dan sebulan kemudian kedua-dua mengaku tertarik dengan diri masing-masing.


"Tetapi saya ada tanya dia disebabkan dia masih muda," katanya.


Yainem berkata, bagaimanapun Jamhar mengatakan perbezaan usia yang jauh tidak menjadi masalah untuk mereka disatukan.


Kedua-duanya kemudian memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin.


Sementara itu, Jamhar mengakui dia ikhlas mencintai Yainem dan isterinya itu mampu memberi ketenangan buat dirinya.


"Saya tidak peduli kritikan dan sindiran orang mengenai rumah tangga kami, kerana saya yakin dan sangat yakin dengan Yainem, " katanya.


Sebelum dilamar Jambar, Yainem sudah beberapa kali menolak lamaran lima lelaki lain.


Ketua Pejabat Urusan Agama Slahung, Tajul Mujahidin berkata, Yainem menolak beberapa kali lamaran lelaki lain berikutan mereka sebaya dengan usia wanita itu.


Yainem yang tinggal bersendirian selepas suaminya meninggal dunia tidak mempunyai anak.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)