Nak Bergambar Dengan Artis Kena Jaga Adab - Teguran Fizo kepada Netizen



 Bukan mudah bergelar selebriti kerana tindak tanduk mereka akan diperkatakan dan kemana sahaja mereka pergi pasti menjadi perhatian ramai terutama dikalangan peminat yang tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar.


Baru-baru ini, Fizo Omar ada memuat naik perkongsian memberitahu bahawa dia bersikap terbuka untuk melayan peminat yang mahu bergambar dengannya, namun biarlah mengikut masa yang sesuai dan keadaan.


Menerusi perkongsian itu, Fizo turut mengatakan ada segelintir peminat yang seolah-olah tidak mempunyai ‘common sense’ apabila memangil artis untuk bergambar tak kena waktu iaitu ketika sedang makan.


“Saya sebenarnya tak kisah pun, malah gembira sahaja bila keluar di tempat awam dan orang nak bergambar. Sebagai seorang selebriti kita rasa macam dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun minta autograph.



“Tapi kena tengok lah keadaan dan situasi. Common sense lah, kalau tengah makan atau tengah dalam keadaan yang serius, ada yang siap beri arahan lagi,” katanya.


Bagaimanapun, Fizo berkata dia tidak menyalahkan peminat yang mungkin terlalu teruja sehingga terlupa adab sepatutnya. Jelasnya, perkongsian itu bukan kerana marah atau tidak menghargai peminat tetapi sekadar peringatan.


“Bukan marah kongsikan perkara ini, cuma saling mengingatkan sahaja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa Melayu kita,” katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)