Mujahid Ajak Rakyat Pulihkan Demokrasi

 SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengajak rakyat memulihkan demokrasi di negara ini supaya institusi politik lebih berkesan bagi mengelakkan ketidaktentuan yang boleh mencetuskan suasana anarki.


Mujahid berkata, pemulihan demokrasi akan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang menjadi intipati kepada kestabilan dan kemakmuran negara.


Menurutnya, demokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan yang menjamin kesejahteraan rakyat dengan slogan keramat 'dari rakyat dan untuk rakyat.'


"Demokrasi telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita di mana rakyat mempunyai mandat untuk menentukan siapakah yang akan memimpin mereka melalui demokrasi pilihan raya.


"Rakyat telahpun bersuara pada Pilihan Raya Umum 2018 dengan memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan yang memerintah.


"Namun, demokrasi kita telah remuk dilanggar kemudiannya dengan langkah merampas mandat melalui pembelotan dalaman yang melahirkan krisis politik negara," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Menurutnya, situasi tersebut mengakibatkan negara mengalami kemelesetan kepercayaan yang parah dalam hubungan rakyat dan pemerintah.


Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, demokrasi negara ini telah dirempuh dan berpotensi untuk berkecai jika terus dibiarkan tanpa pemulihan.


"Kepercayaan rakyat dan pemerintah perlu ditingkatkan semula, manakala parti politik perlu memulihkan kewibawaannya di mata rakyat untuk kekal relevan.


"Ayuh kita lakukan bersama sebagai usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintah dan keyakinan rakyat terhadap ahli politik melalui landasan demokrasi dan panduannya," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja