Mayat Wanita Berusia 40-an Yang Tidak Pulang Ke Rumah Terjawab

 

Telegram

Batu Pahat: Misteri kehilangan wanita berusia 40-an yang tidak pulang ke rumah selepas berniaga terjawab dengan penemuan mayat mangsa dalam semak di kawasan perumahan di Yong Peng, hari ini.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mayat wanita itu ditemui penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.


Katanya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan.


"Kes mempunyai unsur-unsur jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Sejak semalam tular di media sosial seorang wanita hilang dan tidak pulang ke rumah selepas selesai berniaga pada 8.30 malam.


Malah, terdapat juga penyebaran mesej bergambar mendakwa individu yang terbabit dalam kegiatan pembunuhan berkenaan namun kesahihannya belum dapat dipastikan.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)