Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit



 HULU TERENGGANU: Mayat seorang lelaki yang dikehendaki kerana melarikan kenderaan ditemui reput dalam pacuan empat roda di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Nibong, Ajil di sini pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat lelaki itu yang dipercayai meninggal dunia tiga minggu lalu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 5 petang.


"Mayat itu berada di tempat duduk pemandu. Hasil siasatan awal berdasarkan keadaan mayat, dipercayai lelaki tersebut telah meninggal dunia kira-kira tiga minggu lepas.


"Identiti mangsa telah kita kenal pasti iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kampung Tok Randok, Ajil.


"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Jumaat.


Mohd Adli berkata, pihaknya percaya lelaki itu merupakan suspek yang melarikan pacuan empat roda milik abang iparnya ketika berada di Balai Polis Ajil tiga minggu lalu.


"Ketika itu, abang ipar lelaki itu membawanya ke Balai Polis Ajil dipercayai berkaitan kes penyalahgunaan dadah, namun dia bertindak melarikan kenderaan itu ketika abang iparnya berada di dalam balai," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja