Mayat Budak Mati Lemas Ditemui



 Kanak-kanak yang hilang di Sungai Chepor dekat Kampung Chepor Dalam, Selasa lalu ditemui lemas di sungai berhampiran sebuah kilang di Lahat di sini, hari ini.


Mayat Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry, 10, ditemui pasukan sukarelawan, Kayak Kamparado pada jarak 17 kilometer (km) dari tempat dia jatuh.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan penemuan pada 2.55 petang dan kerja membawa naik mangsa dilakukan pasukan penyelamat.


Terdahulu, lima anggota bomba dan penyelamat melakukan pencarian sejauh 1.5 kilometer, manakala sepasukan anggota bersama pasukan sukarelawan berkenaan mencari di Sungai Kuala Pari hingga ke Sungai Kinta berjarak tujuh ke 10 kilometer.


Pencarian hari ketiga dilakukan di permukaan dan sungai menggunakan dua bot serta empat kayak.


Menurut jurucakap, operasi turut disertai anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang melakukan pencarian di Jeti Pokok Assam, Teluk Intan dengan menggunakan dua bot.


Turut serta dalam operasi itu, anggota unit K9 Polis Diraja Malaysia.


Kanak-kanak berkenaan dilapor hilang Selasa lalu selepas dipercayai terjun sungai untuk membantu mengambil selipar rakannya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)