Majikan boleh rayu kebenaran masuk pembantu rumah asing melalui MyTravelPass

 PUTRAJAYA: Majikan yang mempunyai pembantu rumah asing (PRA) yang terkandas di luar negara dan mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh memohon rayuan untuk dipertimbangkan kebenaran masuk melalui sistem MyTravelPass (MTP).


"Semua majikan yang memohon bagi kemudahan rayuan ini akan dipertimbangkan secara case by case basis," kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini.


Beliau menjelaskan sekatan masuk bagi warga asing termasuk PRA dari Indonesia dan Filipina adalah sebagai langkah mengekang penularan pandemik COVID-19, bagaimanapun pertimbangan kebenaran masuk boleh diberikan atas kes yang melibatkan kesihatan dan perkara kritikal yang lain.


Khairul Dzaimee berkata majikan perlu mematuhi semua syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan juga langkah-langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 seperti melakukan ujian saringan dan kuarantin 14 hari serta menanggung kos kuarantin tersebut.


Majikan boleh merujuk kepada Sistem Pertanyaan Online (SPO) di pautan http://eapp.imi.gov.my/spo berhubung sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan isu ini.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja