Lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan


 
Lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Batu Pahat di sini, hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, lelaki berusia 71 tahun itu dikatakan terjun dari jambatan berkenana pada 3.51 petang.


Menurutnya, pihaknya yang menerima laporan mengenai ke lokasi dan membuat pencarian di tepi sungai dengan dibantu dua bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


"Operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan bagi mengenalpasti lokasi mangsa dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, seramai 12 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat terbabit dalam operasi mencari itu.


Katanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis turut membantu dalam operasi berkenaan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)