Lelaki Rempuh "RoadBlock" Ditahan Dalam Ladang


 Lelaki yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) polis di laluan keluar Plaza Tol Damansara di sini, ditahan polis ketika sedang bersembunyi di sebuah ladang kelapa sawit di Klang, Ahad lalu.


Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang membuat serbuan selepas berjaya mengesan lokasinya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang memandu Proton Saga merempuh peralatan sekatan jalan raya di lokasi kejadian pada 12.30 tengah malam.


"Kejadian itu menyebabkan beberapa peralatan seperti papan tanda tunjuk arah, tiang lampu dan kon rosak.


"Polis cuba menahannya tetapi suspek enggan memberhentikan kenderaan dan terus memecut.


"Pemeriksaan di lokasi menemui nombor plat kenderaan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bertindak atas maklumat, katanya, polis membuat serbuan di ladang kelapa sawit dan menahan suspek yang sedang duduk dalam khemah di kawasan itu.


Beliau berkata, pemeriksaan menemui kenderaan yang digunakan suspek dan mengaku terbabit kejadian itu.


"Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan lanjut," katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)