Gadis OKU Bisu dan Pekak dirogol 2 Lelaki Myanmar


 
HULU TERENGGANU: Seorang gadis kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak dipercayai menjadi mangsa rogol dua lelaki warga Myanmar.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah kongsi di Ajil, Hulu Terengganu tidak jauh dari rumah mangsa yang berusia 23 tahun.



Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata perbuatan suspek itu terbongkar selepas ahli keluarga mangsa tampil membuat laporan polis kira-kira jam 7.30 malam Khamis.


Susulan itu pihaknya telah menahan kedua-dua suspek tersebut kira-kira jam 11 malam hari yang sama di sekitar Ajil.


“Polis telah membuat tangkapan dua orang suspek lelaki Myanmar berumur awal 20an dan seorang lagi 30 tahun.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," kata Mohd Adli.


Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu merupakan kali pertama berlaku.


Mohd Adli berkata kedua suspek telah ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)