Dua beradik hanyut bersama kenderaan dalam air deras



 Keningau: Dua beradik dikhuatiri hilang selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan arus di Sungai Liawan, Kampung Dangulad, di sini tengah malam tadi.


Difahamkan, mangsa, budak lelaki berusia enam tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.


Ketika kejadian, pacuan empat roda jenis dipandu bapa dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.


Ketika melalui jambatan konkrit di Kampung Dangulad, yang dinaiki air, arus sungai menjadi deras dengan mendadak hingga menghanyutkan kenderaan dinaiki mereka.


Pemandu berjaya keluar, manakala dua anaknya dihanyutkan bersama kenderaan berkenaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran berkata, pihaknya yang menerima panggilan jam 12.08 sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


Katanya, ketika itu, pasukan bomba baru sahaja selesai menjalankan operasi kejadian limpahan di Sungai Pampang, hingga menyebabkan dua rumah yang terletak berhampiran tebing hanyut, manakala lima rumah terjejas selepas dimasuki air dan lumpur.


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dan pasukan bomba menemui kenderaan dinaiki mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian namun mangsa belum ditemui.


"Operasi SAR kemudian ditangguh 1.30 pagi dan akan disambung semula," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, mengulas mengenai kejadian di Sungai Pampang, Mudi berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat limpahan air daripada bukit susulan hujan yang berlaku di kawasan bukit berkenaan.


"Setakat ini, dua rumah dihanyutkan, manakala lima terjejas namun semua penghuni selamat selepas berjaya keluar daripada rumah berkenaan.


"Air mula surut 11 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.


Operasi itu turut dibantu agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).


Ketika kejadian itu, keadaan cuaca baik sebelum kejadian air sungai Kampung Pampang naik mendadak secara tiba-tiba.


Penduduk kampung yang menyedari kejadian limpahan air sungai itu bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.


Difahamkan, Sungai Pampang adalah antara sungai yang terbabit dalam kejadian ribut tropika Greg yang berlaku pada 1996.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja