Curi TV, Aircond Di Klinik Kesihatan...tahu pulak SOP kena pakai "mask"


 Polis memburu seorang lelaki yang memecah masuk sebuah klinik swasta di Jalan Gombak, Taman Sri Gombak, di sini, kelmarin, sehingga menyebabkan kerugian RM2,600.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, jururawat wanita berusia 39 tahun menutup pintu klinik jam 8 malam dalam keadaan berkunci.


Menurutnya, bagaimanapun pada jam 7.30 pagi semalam, dia menyedari pintu jeriji terbuka dan terdapat kesan umpil.


"Dia bersama pengurus kemudian menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki mengumpil jeriji di laluan tangga tingkat bawah jam 10.50 malam sebelum keluar sejam kemudian.


"Kemudian mereka membuat pemeriksaan dan dapati pintu kaca wad bersalin di tingkat satu dalam keadaan terbuka dan di bahagian dalam wad berselerak.


"Barang yang hilang ialah tiga unit televisyen LCD 21 inci, tiga unit penghawa dingin dan satu unit kompresor penghawa dingin," katanya dalam kenyataan malam ini.


Arifai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Nur Fahmy Abu Samah di talian 0361262222 / 018-787 8008.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)