Bakar Rumah Rakan Sekerja Sebab Masalah Rumahtangga Adik Ipar



 Lelaki bertindak membakar rumah rakan sekerjanya di Taman Sentosa dekat sini, Ahad lalu selepas tidak berpuas hati terhadap adik iparnya yang menumpang di rumah itu.


Lelaki berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kerana adik iparnya itu mahu bercerai dengan adik perempuannya.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi musnah dalam kebakaran pada 5.20 pagi itu.


Menurutnya, sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 5.24 pagi.


"Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah rumah tangga adik perempuan suspek.


"Suspek juga dikatakan tidak mahu mangsa menumpang di rumah rakan sekerjanya itu selain tidak mahu mangsa terus tinggal di daerah ini.


"Mangsa dikatakan menumpang di rumah rakan sekerjanya itu sejak enam bulan lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, polis berjaya menahan dua suspek di kawasan berhampiran pada 12 tengah haru dan 4 petang kelmarin.


Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.


"Hasil soal siasat juga mendapati mereka mengaku melakukan jenayah berkenaan bersama seorang lagi rakan.


"Kedua-dua suspek berkenaan di reman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja