SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

23 kakitangan Jabatan Imigresen (JIM) termasuk 9 orang awam direman kes Palsu Cap Sempadan

 



Seramai 23 kakitangan Jabatan Imigresen (JIM) dan orang awam ditahan reman antara tiga hingga tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pemalsuan cap sempadan di Johor dan Selangor.


Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret di sini, selepas permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Kesemua mereka terdiri daripada 14 kakitangan JIM yang bertugas di Ibu Pejabat, di sini, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, Sepang manakala sembilan individu lagi orang awam berusia antara 21 hingga 55 tahun.


Antara 23 individu berkenaan, 12 individu direman selama tujuh hari, sembilan individu (lima hari) dan dua lagi individu masing-masing direman selama tiga dan empat hari.


Mereka tiba di perkarangan mahkamah secara serentak pada jam 10.07 pagi menaiki kereta dan bas milik SPRM serta memakai pakaian lokap berwarna jingga.


Sejam kemudian, suspek dilihat keluar daripada mahkamah secara berperingkat antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Kesemua disiasat mengikut Seksyen 16A SPRM 2009 dan Seksyen 17A SPRM 2009.


Sebelum ini, media melaporkan SPRM menahan 40 individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan berkenaan termasuk beberapa orang awam yang berperanan sebagai orang tengah.


Sumber dilaporkan berkata, kegiatan itu membabitkan pasport warga asing yang dicop di sempadan biarpun pemilik dokumen tidak keluar dari negara ini.


OPS SELAT itu diadakan secara besar-besaran dan turut mendapat kerjasama daripada JIM.






Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.