Terpaksa Tolak Belakon Di Hollywood Sebab Pandemik



 Susulan penularan COVID-19 melanda seluruh dunia, pelakon Hairul Azreen terpaksa melupakan dua tawaran berlakon selepas berjaya mencipta kejayaan dalam filem aksi, Wira tahun lalu.


Hairul memaklumkan dia menerima tawaran daripada dua individu terkenal dalam bidang perfileman untuk berlakon di luar negara. Namun, Hairul menganggap belum rezeki lagi untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.


“Saya sudah bertemu dengan seorang pelakon aksi dari Amerika Syarikat, namun hasrat itu terhenti kerana penularan Covid-19. Begitu juga dengan tawaran daripada seorang pengarah di United Kingdom.


“Saya tidak ralat atau bersedih, sebaliknya saya anggap belum rezeki untuk mencuba nasib dalam membina nama di luar negara,” katanya.


Akui sudah lama menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap ke Hollywood, Hairul berkata dia mahu mewakili Malysia sebagai pelakon aksi selepas melihat ramai pelakon Asia sudah berjaya di luar negara.


“Saya sudah lama menyimpan keinginan untuk melebarkan sayap ke Hollywood. Namun, tawaran itu belum ada. Lagipun bukan mudah untuk menempa nama di sana.


“Saya mahu mewakili Malaysia sebagai pelakon aksi yang berkebolehan untuk menjayakan babak pertarungan. Boleh dikatakan hampir setiap negara Asia mempunyai pelakon aksi yang berjaya ke pentas Hollywood, jadi saya pun nak harumkan nama Malaysia,” katanya.

Lihat Lagi >>>


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja