SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Seorang Lelaki Yang Pernah Tugas Di Sabah, Kantoi Tanggalkan Wristband

 


Seorang lelaki yang bertugas di Sabah dan di arah majikannya bertugas di daerah ini kantoi selepas ditangkap oleh Inspektor Kesihatan kerana menanggal wristband yang dipakai oleh pegawai berkuasa.

Lelaki tersebut yang sampai di KLIA pada 2 Oktober lepas telah dibuat ujian pertama PCR dan telah di beri notis seksyen 15 Akta 342 bagi menjalani kuarantin dan pengawasan di rumah.OKP ini juga telah dipakai wristband dan dilarang menanggal tanpa kebenaran pegawai berkuasa sehingga memperolehi keputusan negatif.


Operasi yang dijalankan oleh anggota penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kemaman ke atas sebuah premis mendapati OKP ini tidak memakai wristband dengan alasan ingin keluar ke dobi pakaian.


Inspektor Kesihatan yang bertugas telah mengeluar kompaun di bawah peraturan 8(3) Langkah Pencegahan di kawasan Jangkitan Akta 342 (No 8) setelah mendapati OKP menanggal gelang tanpa kebenaran pegawai berkuasa.


Operasi khas ini telah dijalankan setiap hari melibatkan 41 PUS yang pulang dari kawasan zon merah dan kuning khususnya dari Sabah dan Kedah.Operasi ini juga dipergiatkan susulan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku ketika ini. OKP yang engkar kepada perintah dengan tidak berada di premis kediaman yang ditetapkan juga boleh didakwa ke mahkamah.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.