SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

"Saya akan membangkitkan isu pelanggaran Khairuddin... - Kit Siang

 Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mengemukakan notis kepada parlimen bagi membahaskan isu membabitkan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali.


Ini selepas Khairuddin melanggar perintah kuarantin berkaitan Covid-19 pada Julai lalu dan hadir dalam sidang Dewan Rakyat pada ketika itu.


"Saya telah memberi notis bahawa saya akan membangkitkan isu pelanggaran Khairuddin terhadap prosedur operasi standard (SOP) kuarantin Covid-19 dalam mesyuarat Parlimen pada November," katanya dalam satu kenyataan.


Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 November.


Lim berkata dia mahu Khairuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan.


Tambahnya, Khairuddin mengancam "kesihatan dan nyawa ahli parlimen" apabila dengan sengaja menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13, 14 dan 16 Julai ketika sepatutnya menjalani kuarantin selama 14 hari setelah pulang dari Turki pada 7 Julai.


Kit Siang juga mempersoalkan apakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan meminta Khairuddin dipertanggugjawabkan dengan mengemukakan usul untuk merujuknya ke jawatankuasa hak dan keistimewaan.


Katanya, ini kerana kerajaan Muhyiddin akan tumbang sekiranya PAS menarik sokongan ketika Umno mempertimbangkan keputusan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional.


Muhyiddin mempunyai majoriti tipis di Dewan Rakyat dengan sokongan 113 anggota parlimen daripada keseluruhan 222 anggota Dewan.


Khairuddin sebelum ini didenda RM1,000 kerana melanggar perintah kuarantin.


Bagaimanapun, ini menimbulkan persoalan mengenai amalan pilih kasih apabila rakyat dikenakan denda lebih tinggi dan bahkan dipenjarakan kerana pelanggaran serupa.


Pihak polis juga telah membuka kertas siasatan terhadapnya.


Hingga kini, belum ada keputusan mengenai apakah Khairuddin akan didakwa di mahkamah.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.