SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Saman Malu Akan DiAmbil Pada Semua Yang Berkaitan


Baru-baru ini telah  tular satu video seorang founder barangan kosmetik diserang dan disimbah air sirap oleh seorang lelaki ketika beliau sedang buat live di sebuah kedai makan dan susulan daripada kejadian itu, lelaki yang menyerang founder tersebut telah memuatkan 1 video bagi menjelaskan keadaan sebenar.



Namun, tak sampai 2 hari, netizen mendedahkan bahawa video tersebut hanyalah lakonan semata-mata demi marketing dan ada juga netizen yang mendakwa bahawa video tersebut "real". Pandangan orang berbeza mengikut penilaian masing-masing selepas menonton video tersebut. 

Sejak pendedahan video tersebut, ramai Youtubers telah membuat video parodi dan menjadikan video tersebut sebagai bahan jenaka dalam kalangan warganet. 

Founder tersebut berkeras bahawa beliau tidak belakon dan video tersebut adalah benar-benar terjadi. Beliau mendakwa orang sengaja membuat spekulasi negatif untuk menjatuhkan perniagaannya dan susulan daripada itu, founder tersebut telah membuat laporan polis dan akan buat saman malu terhadap Youtuber-youtuber yang mendakwa video tersebut sekadar lakonan dan mengedit video beliau dalam bentuk parodi. 

"JANGAN MEMANDAI2 MEMBUAT SEBARANG SPEKULASI, TINDAKAN SAMAN MALU AKAN DI AMBIL PADA SEMUA YG BERKAITAN.. BILA DAH BUAT FITNAH MACAM2 LAKONAN LA APA LA, IA AKAN MEMBERIKAN KESAN BURUK DAN NEGATIF DENGAN IMEJ & REPUTASI PERNIAGAAN SAYA!!!"



Beliau juga telah DELETE video tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan penyerang yang menyimbah beliau dengan air sirap juga telah meminta maaf kepada beliau. 

"Untuk makluman semua follower2 saya, page di bawah ini adalah page yg direka oleh individu yg tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetuskan kemarahan & ketidak puas hati sesama sendiri. Mohon semua tidak terpedaya. Page rasmi saya mempunyai follower seramai lbh kurang 40ribu follower & 30ribu like. 

"Untuk pengetahuan semua juga, video live semasa kejadian juga saya terpaksa delete bukan disebabkan saya takut atau saya bersalah, tetapi saya tidak mahu lebih ramai yg bergaduh sesama sendiri di dalam ruangan komen dengan kata2 kesat & keji yg boleh mengeruhkan keadaan lagi...

"Mohon semua pihak tidak memanjangkan isu ini kerana saya telah membuat laporan polis dan memohon maaf pada semua secara terbuka di live yg lepas & pihak penyerang pun telah memohon maaf pada saya dengan laporan polis.. Mohon pada semua supaya tidak mudah terpedaya dgn berita2 yg tidak sahih ini.. Thanks semua pada yg mendoakan saya & sentiasa support saya"



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.