SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Peningkatkan Kes Covid, Jangan Salahkan Orang Politik Semata-mata...



 Daripada lebih 13,000 individu yang pulang dari Sabah dan telah disaring hanya 138 sahaja telah disahkan positif Covid-19.


Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, individu yang telah disahkan positif itu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bukan hanya ahli politik yang berkempen semasa pilihan raya negeri Sabah sahaja.


“Seramai 13,000 lebih individu disaring tetapi hanya 138 sahaja yang positif.


“Ini menunjukkan hanya satu peratus sahaja daripada individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah itu positif dan mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, ada orang politik, ada pelancong yang datang ke Sabah untuk berjalan-jalan, ada pegawai kerajaan yang mempunyai urusan rasmi dan ada ahli perniagaan.


“Bukan orang politik semata-mata,” katanya ketika menjawab kritikan orang ramai yang mendakwa peningkatan kes Covid-19 ketika ini adalah disebabkan ahli-ahli politik yang berkempen semasa PRN di negeri itu.


Ketika ditanya mengenai kewajaran kerajaan untuk tidak mengenakan perintah kuarantin 14 hari kepada individu yang baru pulang dari Sabah sedangkan individu pulang atau tiba dari luar negara diwajibkan menjalani perintah tersebut, Ismail Sabri menegaskan, Sabah adalah salah sebuah negeri di Malaysia.


Maka perjalanan dari Sabah meskipun perlu melintasi Laut China Selatan dan menggunakan kapal terbang masih dikira sebagai rentas negeri.


Ini menyebabkan penjejakan kontak lebih mudah sekiranya berlaku sebarang kes Covid-19 berbanding individu yang baru tiba dari luar negara.


Selain itu, kawasan-kawasan di Sabah yang terdedah teruk kepada virus juga telah dikenal pasti.


“Kalau kita hendak mula kuarantinkan individu yang melakukan perjalanan rentas negeri seperti di Sabah, jadi sesiapa yang datang dari zon hijau di Kedah juga perlu dikuarantin?


“Bagaimana pula dengan Hulu Selangor yang merupakan zon merah? Apakah orang yang datang dari Shah Alam ke Kuala Lumpur perlu dikuarantin selama 14 hari juga?” soalnya.


Tambah beliau, tujuan ujian saringan kepada individu yang datang dari Sabah di pintu-pintu masuk antarabangsa dan domestik adalah untuk survellan dan langkah kawalan sahaja.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!