Pelawak Terkemuka selesai buat keterangan kepada SPRM


 Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib meluahkan rasa lega apabila proses merakam kenyataan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam berjalan lancar.


Menerusi kenyataan di Instagramnya, penyanyi itu menjelaskan dia dan suami dipanggil SPRM hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia.


“Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya menerusi kapsyen.


Sebelum ini, menerusi satu kenyataan, Siti Sarah menjelaskan dia hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu yang diambil keterangan.


Bagaimanapun Siti Sarah dan Shuib enggan mendedahkan butiran pertemuan dengan pihak berkuasa itu.


“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.


“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja,” jelasnya.


Pasangan selebriti itu dipanggil SPRM semalam setelah disyaki terlibat dalam kes membabitkan penggubalan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan pasangan tersebut.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja