Baru-baru ini penyanyi yang terkenal dengan fesyen-fesyen unik Lady Gaga membuat satu posting di laman sosial Facebooknya yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen di Malaysia tentang kaitan MV lagu terbarunya 911 dengan Malaysia?
Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen di ruangan komen posting tersebut, ada yang mengandaikan lagu tersebut sebagai petanda konspirasi illuminati untuk menjatuhkan Malaysia
Namun ada juga yang berpendapat bahawa Lady Gaga mempromosikan negara Malaysia sahaja dengan memperagakan fesyen Bunga Raya yang menjadi Bunga Rasmi Kebangsaan dalam klip video "911" tersebut.
Adakah ini satu konspirasi atau hanya sekadar tujuan untuk mempromosi single terbaru beliau?