Karikatur Menghina Datuk Noor Hisham Dikecam Netizen

Belum reda kes pandemik yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini yang menimbulkan rasa kuatir dalam kalangan masyarakat, disulami pula dengan isu-isu bodoh politik yang tak habis-habis dengan perebutan kuasa. 

Pelbagai tafsiran dan tuduhan terhadap pelbagai pihak yang dikatakan punca peningkatkan penularan covid-19 di negara ini sehingga mencecah 3 angka kes.  Setiap hari kita dapat lihat di media massa, semua frontliner dan Datuk Noor Hisham bekerja keras demi melawan penularan covid-19 yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini. 

Seharusnya usaha mereka dibalas dengan ucapan terima kasih dan peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun, ada juga yang tergamak sampai menghina Datuk Noor Hisyam menerusi karya karikaturnya yang mengambarkan karakter Datuk Noor Hisyam yang dimasukkan kedalam mangkuk tandas. 

Motif lukisan tersebut mungkin disebabkan oleh pengaruh agenda politik yang terlalu teruk sehingga otak tidak dapat berfungsi dengan waras. Seharusnya berterima kasih kepada mereka yang bekerja keras siang malam melawan penularan covid-19 bukannya menghina!

Ini adalah contoh padah bila hidup terlalu taksub kepada permainan politik sehingga hilang nilai-nilai murni dalam jiwa sebagai rakyat Malaysia. Kononnya "Bebas Bersuara" tapi tindakan yang menjijikan dan bodoh pada pandangan umum. 

Rata-rata netizen berbilang kaum mengecam lukisan tersebut yang dianggap tidak ada rasa hormat dan tak tahu nak berterima kasih kepada frontliner dan mereka yang terlibat dalam usaha membendung masalah penularan covid-19




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja