Jangan Bermain Politik, Rakyat Tengah Susah - Anwar Ibrahim

 Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang berusaha menjatuhkan Muhyiddin sebagai perdana menteri, mengambil maklum nasihat Yang di-Pertuan Agong agar pemimpin politik tidak bermain politik yang boleh menjejaskan pentadbiran negara.

"Saya juga mengambil maklum nasihat Tuanku Agong agar pimpinan politik termasuk ahli-ahli parlimen untuk tidak berlebihan berpolitik wajar dicermati dan dihayati.

"Tokoh-tokoh politik termasuk ahli-ahli parlimen harus prihatin dan menggalas tanggungjawab sesuai dengan semangat Perlembagaan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat, institusi Parlimen dan negara agar dapat diimbangi pelbagai tuntutan terkait keadilan, menolak rasuah dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.


"Selaras dengan semangat ini, maka kami akan memastikan perancangan menangani malapetaka Covid-19, masalah pengangguran dan kemiskinan serta menjana pertumbuhan ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih terencana dan berkesan," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Sementara itu, Anwar memuji Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menolak permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat.


Anwar menyifatkan ia sebagai "bersejarah" dan memperkukuh sistem Raja Berpelembagaan serta demokrasi berparlimen.


"Ia ternyata suatu ketetapan yang berlandaskan semangat perlembagaan dan memahami denyut nadi keresahan dan suara rakyat seperti yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin politik, masyarakat madani, tokoh-tokoh akademik dan pihak media yang bertanggungjawab yang menginginkan agar sistem demokrasi tidak dinodai," kata Anwar.


Setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja di Istana Negara petang ini, Agong memutuskan bahawa tiada keperluan untuk pengisytiharan darurat.


Baginda juga mengingatkan bahawa ahli parlimen perlu berhenti "politicking" yang boleh mengancam kestabilan kerajaan, memandangkan krisis Covid-19 yang sedang berlangsung.


Agong berpendapat bahawa kerajaan sekarang mampu melaksanakan dasar untuk mengekang penyebaran Covid-19.


Namun, Agong menekankan bahawa Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November, adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk menangani Covid-19 dan mendesak semua pihak untuk mengetepikan perbezaan mereka untuk membantu kerajaan.

Lihat Lagi >>>


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja