SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Isap Shisha Dah Jadi Rutin, Lebih Lagi Kalau Boleh Buat "O"



 Baru-baru ini tindakan pelakon Ramona Zam Zam memuat naik fotonya sedang menghembuskan asap shisha di tepi pantai ketika bercuti di sebuah pulau di Johor mengundang kecaman netizen yang mendakwa tindakannya itu adalah tidak sopan.


Malah, ada yang mengecam serta menuduhnya bangga menayang aksi tersebut. Enggan berdiam diri, Ramona berkata dia langsung tidak berasa bangga menghisap shisha sebaliknya ia merupakan sebahagian gaya hidupnya.


“Saya berkahwin dengan lelaki warga Palestin. Menghisap shisha menjadi rutin kehidupan kami.


“Emak mertua juga sediakan shisha selepas bernikah. Bahkan kakak ipar akan datang ke rumah saya untuk menghisap shisha sekiranya suaminya keluar be­kerja,”



Dalam pada itu, Ramona memberitahu dia tidak meminta untuk netizen menyukai aktiviti yang dilakukannya itu kerana dia hanya sekadar berkongsi kegiatan hariannya di media sosial miliknya.


Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!