Guru Rugi 1.13 Juta Kena Tipu Dengan Macau Scam

 



Seorang guru berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM1.13 juta lesap diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, menyedari dirinya tertipu, mangsa seorang wanita berusia 49 tahun itu kemudian telah membuat laporan polis, semalam.


Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa telah dihubungi pihak yang menyamar sebagai pegawai polis mengatakan kereta milik mangsa telah terlibat dalam kemalangan maut selain pembabitan dalam jenayah kegiatan wang haram.


"Mangsa kemudian diarahkan membuka dua akaun bank dan memasukkan nombor telefon yang diberi oleh suspek sebagai nombor telefon pemilik akaun.


"Selepas akaun simpanan dibuka, mangsa telah memindahkan wang simpanan miliknya ke dalam akaun tersebut seperti yang diarah suspek kononnya bagi tujuan siasatan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Beliau berkata, malah mangsa juga diarahkan untuk menyediakan wang jaminan di mana mangsa telah membuat pinjaman peribadi di beberapa bank dan telah dimasukkan ke dalam akaun bank yang diarahkan.


Katanya, siasatan masih dijalankan dalam usaha mengesan suspek terlibat.


Justeru, orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan sindiket Macau Scam yang menggunakan pelbagai tipu helah seperti menyamar pegawai polis, bank, kastam dan sebagainya.


"Orang ramai juga boleh hadir ke balai polis berdekatan untuk sebarang pertanyaan atau keraguan," katanya.


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!