Dua lelaki ditangkap curi Chocolate dalam pasar raya



 
Dua lelaki ditahan ketika sedang mencuri barangan di dalam pasar raya di Sungai Limau, Lunas, hari ini.


Kejadian berlaku pada 4 pagi ketika anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim melakukan rondaan di kawasan Taman Makmur dan menerima maklumat ada cubaan memecah masuk pasar raya itu.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, ketika sampai di lokasi, anggota terbabit mendapati pintu belakang pasar raya itu dalam keadaan terbuka.


Beliau berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan di dalam premis itu dan mendapati dua lelaki berada di situ.


"Pada mulanya, suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum mereka ditahan.


"Kedua-dua suspek berasal dari Sungai Lalang, Sungai Petani dengan suspek pertama berusia 25 tahun mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala suspek kedua berusia 28 tahun mempunyai tiga rekod jenayah termasuk dadah," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, pihaknya merampas satu beg galas yang mengandungi 43 bungkus rokok pelbagai jenama, beberapa barangan kegunaan peribadi serta coklat dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja