Budak 9 Tahun Maut Ditetak, Demi Mempertahankan Ibunya Dari Dirogol



 Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilapor maut dipercayai ditetak 12 kali di leher ketika cuba mempertahankan ibunya daripada menjadi mangsa rogol.


Menurut laporan Tribun Batam, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Acheh Timur pada Sabtu lepas.


Ketika kejadian, ibu mangsa sempat menyuruh mangsa melarikan diri namun mangsa enggan sebaliknya berusaha untuk menyelamatkan ibunya.


Bukan setakat menetak mangsa, bahkan si perogol turut bertindak kejam dengan membuang jasad kanak-kanak berkenaan ke sungai berdekatan dengan lokasi kejadian.


Jasad wira kecil berkenaan bagaimanapun berjaya ditemui keesokan harinya.


Ayah mangsa ternyata tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan menyifatkan arwah anaknya sebagai anak yang baik dan taat kepada ibu bapa.


”Allah SWT lebih menyayanginya, sehingga dia dijemput pergi terlebih dahulu. Selamat jalan nak, kami akan merindui mu,” kata ayahnya.


Suspeh sudahpun berjaya diberkas dan kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)