SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

26 Orang PATI Berjaya Ditangkap, Nilai Rampasan RM 48,977.18


 
KOTA TINGGI, 16 Oktober 2020 - Tangkapan demi tangkapan terus berjaya dicatatkan oleh pasukan Tentera Darat yang sedang melaksanakan operasi di selatan tanah air. Kejayaan kali ini melibatkan tangkapan 26 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia.



Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) pada 16 Oktober 20 jam 5.00 pagi.


Bertindak atas maklumat perisikan awal yang diperolehi, pasukan telah mula melaksanakan intipan awal selama dua hari di sekitar kawasan hutan Tanjung Lompat, Desaru, Kota Tinggi yang dipercayai menjadi lokasi PATI berkumpul.



Pada jam 4.15 pagi, pasukan telah mengatur gerak EMPAT Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama Tim Dron BSPP untuk melaksanakan tinjauan rapat dan berjaya mengesan lokasi PATI berkumpul di dalam hutan Tanjung Lompat.


Tim QRF seterusnya mengepung lokasi PATI berkumpul dan melaksanakan serbuan sekitar jam 5.00 pagi. Serbuan tersebut telah berjaya menangkap 26 orang PATI warga Indonesia yang terdiri daripada 17 lelaki dan 9 perempuan berusia sekitar 20 hingga 49 tahun. Kesemua PATI yang ditangkap dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal menggunakan laluan yang tidak sah.


Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.



Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM48,977.18 melibatkan wang tunai RM20,005.25 dan matawang Indonesia IDR21,797,040 Rupiah (RM 6,168.44) serta 34 buah telefon bimbit, 23 buah jam tangan pelbagai jenama dan beberapa jenis barang kemas.


Pasukan meneruskan aturgerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di kawasan sekitar tangkapan tersebut.


Kejayan demi kejayaan ini menunjukan bahawa Tentera Darat sentiasa sedia dalam sebilang masa menjaga keselamatan daratan negara daripada sebarang ancaman dan membantu pasukan keselamatan yang lain membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.