Sama cantik sama padan Neelofa & PU Riz


 Kehadiran Pencetus Ummah (PU) Riz ke majlis perkahwinan adik lelaki kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa iaitu Mohamed Aqief mengundang perhatian warganet.

Mana tidaknya, Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tampil mengenakan baju Melayu kelihatan hampir sedondon dengan pengacara MeleTOP itu serta ahli keluarga pengantin yang lain.


Menerusi laman Instagram peminat Neelofa @lofa.page, beberapa posting gambar dan video sekitar majlis tersebut dikongsi untuk tatapan umum.


Tinjauan melalui ruangan komen mendapati rata-rata warganet teruja melihat pasangan tersebut bergambar dalam satu ‘frame’ selain mendoakan agar mereka berdua bertemu jodoh.


Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, PU Riz yang juga pendakwah serta pelakon berkata hubungannya dengan Neelofa hanya atas dasar kerja semata-mata.

 



 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)