SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Peminat rayu orang ramai bantu Safiey jika beliau disaman, kerana beliau banyak bantu orang susah dan anak yatim secara diam

 



Sejak semalam hangat diperkatakan apabila usahawan kosmetik, Safiey Ilias dikatakan bakal berdepan hukuman penjara membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Memetik laporan Harian Metro, sumber memberitahu waran tangkap juga sudah dikeluarkan kepada Safiey selepas dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.


Enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, Safiey berkata dia akan meberitahu mengenai kes berkenaan apabila ianya selesai Isnin depan. Kata Safiey lagi, dia berharap tiada spekulasi liar timbul mengenai kes itu.



“Saya tak nak komen apa-apa dulu sebab sudah menjadi kes mahkamah. Saya akan beritahu kelak sehingga kes ini selesai Isnin ini.


“Saya sendiri tidak tahu akan perbicaraan kes ini. Sebab semasa writ saman dihantar, saya juga tak pasti sama ada ia dihantar ke pejabat atau rumah. Kalau pejabat, pejabat sudah tutup lama. Kalau di rumah, saya pula berada di kampung sejak Ogos lalu akibat masalah depresi dan bipolar.


“Kalau saya tahu akan kes ini, pasti saya beri kerjasama sepenuhnya kerana saya tidak pernah lagi gagal hadir mana-mana kes lain di mahkamah sebelum ini.


“Saya harap tidak timbul sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Saya janji akan berkongsi. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada saya,” katanya kepada Harian Metro.


Menjelaskan mengenai produk yang dikatakan tidak mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Safiey berkata, ia bukan produk untuk dipasarkan.


“Kilang beri contoh produk. Saya cuma ingin berikan ‘tester’ kepada peminat saya. Ia belum untuk dijual dan tidak langsung saya promosikan di laman sosial saya.


“Biasanya saya menerima banyak contoh produk dari kilang di Malaysia. Saya suka minta kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada peminat untuk mencuba keberkesanan. Jika berkesan, baru saya akan jual dan ikut prosedur pendaftaran bagi tujuan kelulusan produk sebelum dijual.


“Tak perlu risau akan produk keluaran saya kerana saya sudah berniaga sejak berusia 16 tahun lagi dan sentiasa peka dengan peraturan dan prosedur sebelum produk dijual,” katanya.


Difahamkan, Safiey perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Isnin ini bagi mendengar keputusan kes itu.

PEMINAT MOHON BANTU SAFIEY SEBAB SAFIEY BANYAK BANTU ORANG DALAM DIAM

Seorang peminat Safiey Ilyas memohon orang ramai membantu Safiey sekiranya beliau dikenakan denda kerana mendakwa Safiey banyak menolong orang susah secara diam tanpa pengetahuan umum. 


Secara jujurnya IYA, Safiey Ilyas memang banyak bantu orang susah secara diam tanpa pengetahuan umum. Itu adalah sifat terpuji beliau. Sama-sama kita doakan beliau diberi kebaikkan atas kebaikkan yang telah beliau kerjakan kepada orang-orang susah dan anak-anak yatim.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.