Lesen Kelab Malam akan ditarik... - Menteri Keselamatan

Lesen premis hiburan seperti kelab malam dan pub akan ditarik jika dikesan masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menegaskan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata kerajaan masih tidak membenarkan kelab malam atau pusat hiburan beroperasi buat masa ini berikutan pandemik COVID-19.

"Kalau kita lihat, tangkapan kerana operasi kelab malam dan pub berlaku hampir setiap hari kerana premis seumpama itu masih tersenarai sebagai satu larangan.

"Arahan kita jelas, tak boleh buka langsung. Ada hari-hari yang kadang-kala menyaksikan beratus tangkapan dibuat kerana aktiviti seumpama ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kad Aku Janji Pematuhan Prosedur Operasi Standard COVID-19 sempena Kempen Bulan Kemerdekaan Perbadanan Nasional Berhad di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diberi arahan untuk menarik semula lesen premis terbabit, sekali gus menghentikan operasi mereka untuk selama-lamanya jika masih berdegil.

"Kita memang tak benarkan kelab malam beroperasi kerana sukar melaksanakan peraturan penjarakan fizikal. Bagaimana mahu kawal peraturan itu di dalam kelab," katanya.

Setakat semalam, seramai 608 individu ditahan kerana terbabit dalam aktiviti di kelab malam dan pub.

Mereka adalah antara 763 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan lain, termasuk judi sabung ayam.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)