SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki hempas kucing ke lantai serah diri, berdepan denda RM 50,000 atau penjara 1 tahun




 Polis menahan lelaki yang bertindak menghempaskan seekor kucing ke lantai di tempat letak kenderaan di Jalan Rejang 6, Setapak Jaya di sini.


Difahamkan, pemilik kereta jenis Honda City itu tampil menyerah diri hari ini selepas mendapati maklumat dirinya tular di media sosial.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di Balai Polis Setapak.


Katanya, siasatan masih dijalankan dan kucing itu kini dalam jagaan pegawai penguat kuasa di Hospital Veterinar di Cheras.


Kucing cedera teruk

Beliau berkata tindakan lelaki berkenaan mengundang kecaman orang awam susulan penyebaran satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.55 saat dalam laman media sosial.


Denda RM50,000 atau penjara

Menurut Rajab Ahad, suspek hadir memberi keterangan pada 11.30 pagi, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kini dalam proses memberikan keterangan lanjut kepada pegawai penyiasat kes.


“Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali…”


Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian sementara kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).


Terdahulu tular satu klip rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki itu menghempas kucing yang berada di atas keretanya ke lantai.


Susulan daripada kejadian tersebut, Persatuan Haiwan Malaysia dalam paparan di Facebooknya mendedahkan kucing terbabit mengalami kecederaan dalaman akibat tindakan pelaku berkenaan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.