SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lawak Mat Sabu gagal menangi hati rakyat seperti dulu, PN menang mudah kalahkan Warisan Plus

 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencipta kejutan apabila berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16, sekali gus menumbangkan Kerajaan Warisan Plus yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal.


Sehingga jam 10 malam ini, GRS yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan mereka berjaya mendapat majoriti mudah daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN tersebut.


Warisan Plus yang merupakan gabungan Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Amanah Negara (Amanah) pula gagal untuk mendapat majoriti yang cukup bagi menubuhkan kerajaan.

Dalam pada itu, calon bebas pula berjaya mendapat tiga kerusi iaitu di DUN Kuamut, Kemabong dan Pitas, sementara Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) berjaya mendapat satu kerusi iaitu di Pintasan.


Antara pemimpin-pemimpin GRS yang berjaya memenangi kerusi masing-masing ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi DUN Lamag dan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (DUN Sulaman). Mereka antara yang disebut sebagai calon bagi Ketua Menteri Sabah.


Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula berjaya mempertahankan Kerusi Tambunan yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.


Sementara itu, Mohd Shafie Apdal yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah pula berjaya mempertahankan DUN Senallang, namun bekas timbalannya yang merupakan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tumbang di Kerusi DUN Kiulu.


Antara kejutan pada PRN kali ini ialah kemunculan semula bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin yang memenangi Kerusi DUN Usukan mewakili USNO dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Salleh Said Keruak berjaya memenangi Kerusi Pintasan.

Pada 30 Ogos lalu, Mohd Shafie bertindak membubarkan DUN Sabah selepas Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

DUN Sekong secara rasmi menjadi milik Warisan Plus. Ini bermakna PN memerlukan satu lagi kerusi untuk mendapat majoriti mudah.

Dalam pada itu, DUN Inanam yang sebelum ini menjadi mlik PKR perlu menunggu keputusan rasmi.

Sementara itu, PN menambah satu kerusi DUN Liawan.

Warisan Plus menambah lima kerusi iaitu DUN Karamunting, Bongawan, Kukusan, Sekong dan Kadamaian.


Dalam pada itu DUN Inanam yang sebelum ini menjadi milik PKR perlu menunggu keputusan rasmi.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!