Jangan Halang Anwar Bertemu Agong - KP PKR



 Sebarang cubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) disifatkan sebagai satu tindakan melampaui batas serta dan tidak menjunjung amalan demokrasi.


Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perkara itu sangat bertentangan dengan hasrat YDPA apabila baginda jelas membuka pintu kepada rakyat di samping meneliti dengan terperinci segala isu-isu berkaitan perlembagaan sebagaimana ketika proses lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dahulu.


Katanya, PKR menghormati pandangan tokoh-tokoh Perlembagaan serta ahli-ahli akademik tempatan namun, parti itu juga menegaskan hasrat Anwar sebagai ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang untuk mempersembahkan kepada YDPA bukti senarai nama ahli-ahli Parlimen yang telah menyatakan

sokongan majoriti kepadanya.


Perkara itu juga adalah satu hak yang wajar untuk dihormati oleh semua pihak, jelasnya.


“Keadilan menegaskan sekali lagi bahawa faktanya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin kini telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen.


“Ini turut diakui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui kenyataan media beliau semalam.


“Tan Sri Muhyiddin kini secara perundangannya telah hilang keabsahan sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian, Tan Sri Muhyiddin sewajarnya berundur serta meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan cara yang terhormat memandangkan sokongan majoriti Ahli Parlimen kini telahpun beralih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Menurut Shamsul Iskandar, Keadilan mendukung penuh pentadbiran baru Malaysia di bawah pimpinan Anwar yang pastinya akan mewakili semua rakyat dengan majoriti Melayu-Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini.


Ujarnya, Keadilan akur dan menyokong sepenuhnya kenyataan Anwar bahawa pentadbiran baru nanti akan tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja