Dalam satu posting di Facebook milik Peguam terkenal Siti Kasim mendakwa bahawa Jakim memutarbelitkan fakta mengenai fahaman liberal.
"PENIPU RUPANYA JAKIM NIII..... 🤔
"Cuba tengok pemahaman yang diberi oleh JAKIM... Betul ke mereka ni orang yang beragama? Tak rasa berdosa ke memutarbelit maksud istilah yang sebenarnya?
"Apa itu Liberalisme?
"Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang." - Siti Kasim