Eira Aziera tetap disaman Pesuruhjaya Sumpah walaupun dah minta maaf

 Kerana mulut badan binasa! Itu boleh digambarkan dengan personaliti media sosial, Eira Aziera yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat selain menghina fizikal seorang individu.


Mangsa, Suharnizan Md Sidek yang juga Pesuruhjaya Sumpah nekad mengambil tindakan saman sivil walaupun personaliti berusia 37 tahun itu telah memohon maaf di media sosial.


Menurut laporan Sinar Harian, peguamnya Mohd Rasheed Hassan berkata tindakan tersebut diambil bagi memberi pengajaran terhadap personaliti berkenaan


Ini kerana perbuatan ‘body shaming’ adalah satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Perkara ini memberi kesan kepada mangsa (Suharnizan). Memang nampak dia (Eira Aziera) ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah selama lebih lapan minit.


“Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.


Selain itu menurut Suharnizan, pihaknya boleh pertimbangkan sekiranya perkara itu boleh dipersetujui atau mempunyai tawaran bagi diselesaikan di luar mahkamah.


“Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah,” katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)