Bukti CCTV kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.



 Masihkah korang ingat tentang video kejadian tikam dan gilis menggunakan kereta berjenama BMW berwarna putih di sebuah stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru? Ya, semalam Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan tiga lelaki daripada tuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah bunuh seorang lelaki tiga tahun lalu. What?!


Menurut Berita Harian, Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Gan Jia Ji, 22, Yip Kah Hou, 26, dan Woon Kian Hui, 25, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie‘ terhadap kes itu.


Shahnaz dalam penghakiman di akhir pendakwaan berkata, terdapat beberapa alasan yang menyebabkan semua tertuduh dilepas dan dibebaskan. Antara alasannya adalah bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diambil juga tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.


“Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.


“Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan tertuduh untuk melakukan jenayah berkenaan,”


Dengan keputusan mahkamah itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak puas hati serta mempersoalkan ‘ketelusan’ undang-undang yang diambil.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)