Warga Emas dilempang pada bahagian muka kerana terlanggar belakang seorang jemaah yang berada pada saf hadapan

 LELAKI diambil keterangan susulan video seorang jemaah ditampar dan ditendang pada bahagian muka di dalam Masjid Felda Palong Tujuh, Jempol, tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, suspek berusia 60-an sudah dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Beliau berkata, kejadian berlaku selepas solat Isyak di masjid itu pada 24 Ogos lalu, ketika mangsa berusia 62 tahun berjalan di belakang suspek sambil membawa sejadah dan ia terkena belakang suspek.


"Ia menimbulkan kemarahan suspek sebelum bangun dan terus menampar serta menendang muka mangsa.


"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai seorang yang panas baran dan sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jemaah masjid dan masyarakat setempat.


"Selepas kejadian suspek pergi ke rumah mangsa dan memohon maaf selain mahu menyelesaikan isu dengan cara baik, tetapi ditolak keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Mohd Khairiel berkata, keluarga mangsa mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap perbuatan suspek.


Video kejadian itu tular di media sosial dan ramai kesal kerana kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku di dalam masjid.


Netizen turut berharap polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap suspek seterusnya mengelak kejadian serupa berulang.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)