Risau istri tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit - LGE

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng meluahkan rasa lega selepas istrinya dibebaskan daripada tahanan. Beliau juga meluahkan rasa sedih atas tahanan yang dibuat ke atas istrinya mengenai isu projek terowong ajaib. 

" Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan.

" Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam. Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam), dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap. Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya.

" Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen. Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan."



Oleh itu kami menasihatkan agar hentikan budaya troll bila seseorang itu dihadapkan dengan tuduhan, biarkan pihak berkuasa melaknsanakan kerja mereka kerana kita tidak tahu apa nasib kita yang akan berlaku pada keesokkan hari. Dulu troll istri Najib, sekarang orang trol istri LGE. Hidup ini ada karmanya saudara-saudari sekalian. 




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)