PN yang selamatkan negara daripada kerosakkan PH


 Lima setiausaha agung parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat julung kalinya berada sepentas bagi berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, malam tadi.


Mereka ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Bersatu), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Datuk Chong Sin Woon (MCA) dan Datuk M Asojan (MIC).


Ceramah di Dewan Serba guna Felda Trolak Utara itu antaranya berkisar mengenai kerjasama parti-parti PN yang dilakukan demi menyelamatkan masa depan negara daripada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang mula tidak disenangi rakyat.


Annuar berkata agenda rakyat yang dijanjikan tidak dapat dilaksanakan ketika pemerintahan PH, tetapi kini kesemua pemimpin dalam kerajaan PN bekerjasama berkongsi pengalaman dalam membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara.


Dalam pada itu, Hamzah menjelaskan Bersatu terpaksa berkorban sehingga digelar pengkhianat kerana meninggalkan PH demi menyelamatkan negara selepas 22 bulan di bawah pentadbiran PH.


"Kami berkorban untuk menjadi penyelamat, untuk menentukan kuasa membela rakyat, bukan pengkhianat seperti didakwa," katanya.


Chong dah Asojan pula masing-masing menyifatkan pentadbiran PN telah terbukti membawa Malaysia ke arah lebih baik meskipun diuji dengan wabak Covid-19 dengan mengambil tindakan berani termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ini disokong oleh Takiyuddin yang ketika berucap meminta rakyat di DUN Slim, khususnya penyokong PAS, agar mengundi calon BN pada PRK berkenaan Mohd Zaidi Aziz demi meneruskan agenda PN membela rakyat.


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!